Daftar Akaun Baru

Daftar Akaun Baru

1. Hanya pelajar UniMAP atau UMAM saja dibenarkan menggunakan kenderaan ini.

2. Dilarang melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

3. Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

4. Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).

5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.

6. Tidak memberikan kepada rakan-rakan yang tiada lesen untuk memandu kenderaan kami. Penalti RM20 untuk motosikal dan RM50 untuk kereta akan dikenakan. Jika ada apa-apa saman dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh anda menggunakan kenderaan kami ia perlulah diselesaikan dengan segera oleh pihak anda.

7. Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM5,000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.

8. Jika anda enggan membayar ganti rugi akibat kecuaian anda semasa memandu, laporan polis akan dibuat atas ketidaktanggungjawaban itu dan kami akan membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil atau pihak kami akan masukkan keingkaran anda ke dalam senarai hitam CTOS.

9. Sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan pihak ketiga , penyewa perlu membuat laporan polis dalam masa 24 jam dan menghantar salinan laporan kepada kami. Sekiranya tidak berbuat demikian, kami akan membuat laporan polis atas nama anda.

10. Tandatangan digital diperlukan sebagai pengesahan anda bersetuju dengan syarat-syarat ini.